dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends Bang Bang (Musim 3)

17 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) – NADI Presint 9 Fasa 10 telah menganjurkan Pertandingan NADI E-Sukan – Mobile Legends: Bang Bang bagi musim ketiga. Pada musim kali ini, empat pasukan telah mengambil bahagian, iaitu Dark Sky, Wyk eSport, Lalat Terbang, dan Lego Barbie. Pertandingan ini merupakan peringkat saringan yang bertujuan memilih pasukan terbaik untuk mewakili NADI ke peringkat negeri, yang dijadualkan berlangsung mulai September 2025

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Pengurus NADI, Puan Harwani diikuti dengan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para peserta. Pertandingan kali ini menggunakan format ‘best of three’ bagi menentukan pasukan terbaik yang layak bergelar juara dan seterusnya mewakili NADI ke peringkat yang lebih tinggi. Pasukan WYN eSport telah muncul sebagai juara Pertandingan NADI E-Sukan - Mobile Legends: Bang Bang musim ketiga, sekaligus melayakkan diri untuk mewakili NADI Presint 9 Fasa 10 ke peringkat negeri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.